Petua Bayi Sihat dan Ceria Selalu
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVVKz4fXQ64O0VV-1mQ9Kwwd-MOwDfrS5xX00TRoLnGHzjC1wyq07d5NsfeSx4D5_NlIuXtGaXlaSYkCkx4L7lBX1kS1Uyo5xzd5TSebtsKKps3Pl-M4l98DUfq_tFhIYavCIXMGSJQ35a/s400/download.jpg)
Memiliki anak-anak kecil yang sedang membesar, sudah pasti pelbagai cabaran yang dilalui oleh seorang ibu. Adakalanya, anak-anak sihat dan ceria dan mudah diuruskan. Namun, ada juga ibu yang berhadapan dengan anak yang cranky, tantrum , selalu tidak sihat dan pelbagai lagi. Ujian membesarkan dan mendidik pasti tidak sama antara anak-anak, apatah lagi dengan ibu-ibu yang lain. Secara umumnya, ada 5 masalah utama yang biasa terjadi pada anak-anak kecil kita : Anak sukar tidur, tidur kurang lena atau asyik terjaga-jaga. Anak tantrum, suka mengamuk, merengek tanpa tahu sebab. Anak demam, selesema dan batuk berpanjangan. Anak sakit perut, perut berangin, kembung, sebu atau mengalami sembelit. Anak mengalami ruam susu, ruam lampin, gatal-gatal, kulit kering, digigit nyamuk, serangga sampai tinggal kesan bintat yang menyebabkan anak tak selesa bahkan ada juga yang mengalami eczema. Sejak akhir-akhir ini, banyak produk yang berasaskan bahan semulajadi termasuk essential oil...