Bahan Lain Dalam Balm Tasneem Naturel

Pasal bahan-bahan balm yang lain, selain essential oil ada digunakan bahan ni juga :

(selain skeenz balm ye)


1. Essential oil mengikut jenis balm

Setiap balm tasneemnaturel mempunyai 7-10 essential oil yang telah dicampurkan mengikut dos bayi dan telah di  ‘dilute’ dengan minyak pembawa (carrier oil).

Setiap essential oil yang digunakan mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS) yang mana sijil ini diperlukan untuk mendapatkan kelulusan KKM. Dan ia adalah essential oil 'pure'  diimport dari France. Balm tasneemnaturel kesemuanya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Beeswax (lilin lebah) 

Beeswax adalah bahan yang terhasil dan dikeluarkan daripada kelenjar bawah abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja dan beeswax juga adalah bahan yang menghasilkan sarang lebah yang kukuh.

Beewax adalah sebagai bahan pemgeras atau pelikat. Ia alternatif terbaik & semulajadi menggantikan jelly petroleum.

Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit dan pelindung bawah kulit. Bahan semulajadi ini bersifat antiinflamasi & antibakteria, dapat merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark pada kulit.

3. Shea butter

Shea butter terkenal dengan pelembab kulit semulajadi. Banyak produk kosmetik di luar sana menggunakan shea butter dalam bahan mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan Shea atau Karite.

Shea butter mampu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak digunapakai dalam produk menghilangkan parut.

4. Carrier Oil

Carrier oil adalah minyak pembawa. Oleh kerana minyak pati bersifat kepekatan tinggi jadi ia memerlukan minyak pembaca untuk dicampurkan bersama supaya ia lebih mesra kulit sekaligus sebagai bahan pelembap kulit.

Tasneem Naturel menggunakan olive oil kerana ia paling mesra kulit

Comments

Popular posts from this blog

FAQ Tasneem Naturel

Kelebihan Balm Tasneem Naturel