Posts

Showing posts from October, 2020

APA NAK BUAT BILA ANAK TERJATUH ATAU TERHANTUK

Teks : Iryani Ahmad Nama pun anak kecil kan. Memang tak sah kalau tak terjatuh atau terhantuk. Kita masa kecil-kecil dulu macam itu juga. Anak kecil suka nak mencuba macam-macam aktiviti sampai tak perasan nak terjatuh atau terlanggar sesuatu kerana otaknya yang sedang berkembang dan dia tak dapat mengagak apa yang bakal terjadi seterusnya. Perkara pertama jika anak kecil terjatuh atau terhantuk mana-mana, cepat-cepat pergi kepadanya selepas terdengar dia menangis. Tanyakan sahaja di mana tempat dia berasa sakit walaupun masih bayi sebagai tanda menunjukkan simpati. Lalu, tengokkan tempat sakitnya samada lebam atau luka. Dapatkan rawatan segera jika parah di klinik berhampiran. Jika lebam sahaja, biasanya saya cuma sapu balm Calm Time daripada Tasneem Naturel dan cepat sahaja lebam reda dalam tempoh sehari. Pada minggu lepas, anak saya yang paling kecil terlanggar dahinya di lantai dan terus lebam biru. Memang menangis kuat jugalah. Saya terus mendukungnya dan basuhkan kepalanya dan me